OMG I'm Pregnant


Malam sebelum pergi check-up, ibu muntah tak henti2. Ibu suruh ayah ambilkan bekas untuk tadah, tapi rupa2nya ayah tak boleh tengok orang muntah, nanti dia turut sama. Terpaksalah ibu berjiwang sendirian. Ayah kesian jugak tengok ibu, tapi dah nak buat cam mana. Nanti tak pasal2 dua2 yang ehemm....

Tomorrow, tanggal 10 JULY 2005, pagi2 lagi ibu keluar untuk check-up, faham2 jelah.. Excited lah katakan. Sebelum pergi hospital kitorang pergi ambil Chia It Meng kat Airport n hantar dia ke hotel. After that, we went to the hospital. Sampai je kat hospital, punyalah ramai orang menunggu. So, ibu pun kena tunggulah jugak lah. Nilah masalah kalau pergi hospital, kalau pergi pagi, petang baru boleh balik. Lambat sangat, jadi ayah pergi kerja dulu.  

Selesai je check-up, punyalah suka hati bila tengok kertas makmal yang diorang bagi tertulis kat belakang tu URINE PREGNANCY TEST : POSITIVE (Ibu masih simpan kertas tu) Walaupun tak faham maksud isi kandungannya, still make be happy. Lepas tu kena masuk bilik doctor semula, masa tulah baru doctor terangkan n dapati ibu mengandungkan My First Son. Rupa-rupanya dah 2bulan lebih.

Apa lagi ibu, terus call ayah suruh datang ambil ibu. Ayah parking depan pintu hospital. Masa tu ibu saje je nak test ayah, ibu buat muka sedih sangat konon2nya tak dapat berita gembira. Lepas masuk je dalam kereta, SURPRISE !!!!!!!!

Masa tu, ibu tengok muka ayah kamain berseri2 lagi bila tahu berita gembira ni.. Senyum sampai ke telinga. Maknanya Usaha kami selama ini tak sia... Terbalas jua akhirnya.. Syukur tak Terhingga ku panjatkan Padamu Ya Allah.. kerana engkau memakbulkan doa kami.  
THANK YOU VERY MUCH
  THANK YOU ALLAH....

0 Ulasan