Detik-Detik Percintaan

Everything started from here... bermula dari malam yang bersejarah itu, maka bermulalah detik2 percintaan antara kami. Sama macam anak2 dara lain, kamain lagi, bercinta sakan. Begitu juga dengan ibu.. ibu ingat lagi, boleh kata tiap2 hari bergayut kat tel. Ibu tahu, kebanyakannya begitu kan? Yelah zaman sekarang dah mudah.. kalau dulu nak kena tulis surat hari2, sekarang sms je.. tik2 dah sampai, jap je. Ibu pun gitu jugak... tel tak lekang di tangan.. walau macam mana pun pelajaran tetap di utamakan.. Nasihat ibu pada anak2 dara yang sedang bercinta, apa jua keadaan, pelajaran jangan diaabaikan kerana itulah ilmu untuk masa depan kita.

Sememangnya saat2 percintaan ini adalah sangat manis, akan tetapi jangan pula kemanisannya hilang dek kehausan nafsu syaitan laknatullah... nauzubillah... Macam pesanan dalam lagu ‘Jika Berpacaran’ yang Didendang oleh Ana Rafaali, Suhaimi n Ultimate tulah.. Ada betulnya jugak lirik dalam lagu tu. Sebetulnya, kita yang kena control sendiri ok!!

Hidup ini tak sah kalau tiada dugaan, mesti ada punyalah.. begitu juga dengan kami.. Dikuatkan dengan perasaan nak tahu dan meyakinkan diri tentang future kami, kami pun buat sembahyang istikarah, dah tentu segala alamatnya dari tuhan bukan manusia yang lemah. Setelah beberapa alamat dalam mimpi, kami dah mula yakin. Allah telah menetapkan jodoh antara kami terlebih dahulu even sebelum kami kenal antara satu sama lain. Dia yang berkuasa untuk mengatur segala-galanya.

Macam2 dugaan yang kami terima, akan tetapi kami lalui ia dengan tabah kerana kami yakin kami akan dijodohkan bersama. Kami hanya mampu berdoa dan berserah kepada yang maha esa  supaya tiada halangan antara kami untuk bersama...

Alhamdulillah, ibu dapat seorang jejaka tampan yang baik dan penyayang yang sanggup berkorban apa jua untuk ibu n anak2... Dalam keadaan terdesak pengikut Osama boleh jadi pengebom berani mati untuk selamatkan Osama, ayah akan akan jadi 'kamikaze' untuk familynya sendiri. Langkah ayah penuh yakin. Thank you so much ayah... we appreciate apa yang telah ayah lakukan untuk kami sekeluarga... apa jua kehendak ibu dan anak2, ayah ikutkan.

Kami bercinta bukannya lama, Cuma 3 bulan je lebih kurang. And then terus kahwin..  Ok juga, bercinta sakan lepas kahwin lah pulak... kalau lama2 nanti lain pulak jadinya...
Nanti ada orang lain kebas ibu kan? Melepas SI dia.. Tak pasal pulak teriak tak henti2, siang malam mengalir je air mata che abangku sorang ni.. tak gitu kawan2? He...he... Gurau je.. janganlah marah che abang!!

Kita sambung esok pulak lah...

0 Ulasan