The Amazing Big Al


Bagi seorang ibu, pastinya sangat gembira apabila melihat anak-anaknya berjaya dalam sesuatu benda. Begitu juga dengan ibu, hari ni ibu sangat gembira kerana satu lagi kejayaan kecil si anak untuk lebih maju ke depan.

Nak tahu apa dia?  Tanggal 23/06/11 Big Al dah boleh jalannn!! Seminggu lepas, baru boleh jalan 2,3 langkah, itu pun kena pegang tangan. Hari ni Big Al dah boleh jalan tanpa bantuan.

Sukanya hati ibu tengok Big dah boleh jalan. Ibu memang tertunggu2 saat ni. Nampak macam keras lagi lah lutut tu. Macam robot pun ada. Mungkin sebab dah lama dia jalan pakai lutut. Yang pasti lutut tu nak kena urut hari2 bagi tulang tu lembut sikit.

Sekarang dia tengah excited berjalan tapi dalam rumah jelah, kat luar dia tak berani lagi cause berbatu. Itu pun dah kira ok dah. Sebelum ni lagi teruk, asyik guna lutut je. Kadang-kadang nak bangun berdiri pun dia tak mahu (malas sebenarnya budak ni).Berdiri pun mesti nak jengket, sampai ibu jari kaki jadi bengkak. Kalau dari awal kaki dia berpijak, maybe dah lama boleh jalan kot.

Kita sebagai ibu memang bimbang lah kan. Hati seorang ibu memanglah cepat risaukan anaknya. Normal lah tu.. Nak kata bimbang hundred percent tu tak adalah cause abang pun lambat jugak boleh jalan. Cuma Big ni yang jadi bimbang tu pasal kaki dia tak berpijak n dia asyik guna lutut. Boleh kata lutut sampai lebam lah. Takut terbiasa. Tu yang jadi risau tu. Abang tu saja, malas je..

Apapun, ibu bersyukur sangat at last Big Al dah berjaya walaupun baru berjalan. Kira berjaya lah tu. Ibu tengok dia very excited bila dia boleh berjalan. Sebelum ni, abang ngan kakak dia asyik suruh dia walk termasuklah ibu tak habis2 suruh walk. Walk! walk! walk! Sekarang Big telah menyahut cabaran tu n dia berjaya. Good boy. Mama bangga dengan anak mama seorang ni. Berani menyahut cabaran. Baru anak lelaki mama...

Sayang anak mama... (Big Al manja sikit, dia ingat dia paling bongsu, tak tau ada 5 lagi duk tunggu).

p/s : Big panggil ibu Mama, tak sama ngan abang2 ngan kakak dia.

0 Ulasan