Kisah Dongen dari Vietnam

Minh dan Duong
Pada zaman dahulu, ada dua orang pemuda yang tinggal di sebuah kawasan di Vietnam. Seorang bernama Minh dan seorang lagi bernama Duong. Minh tinggal berseorangan kerana dia sebatang kara. Dia seorang yang kuat dan rajin bekerja. Cerita tentang kekuatan Minh tersebar luas di kampungnya.

Duong pula seorang saudagar yang kaya-raya. Namun Duong sering menipu di dalam perniagaannya dan sentiasa mengambil kesempatan ke atas orang lain. Duong juga mendengar kisah Minh untuk kepentingan dirinya.

Pada suatu hari, Duong datang ke rumah Minh. Duong mengajak Minh kerja dan tinggal bersamanya. Dia mahu mengambil Minh sebagai saudarnya. Minh yang jujur itu menerima pelawaan Duong dengan senang hati. Lalu dia pun pindah ke rumah Duong.

Dilarikan Gergasi
Terdengar perkhabaran dari istana bahawa puteri raja telah diculik oleh gergasi. Gergasi yang ganas itu ingin menjadikan puteri raja sebagai makanannya. Berita tersebut sampai ke pengetahuan Duong lalu dia menawarkan dirinya untuk menyelamatkan tuan puteri. Lalu, raja pun bersetuju.

Sesampainya di rumah, Duong mencari Minh. Duong berkata, “Saudaraku Minh. Aku mahu kau tolong aku selamatkan puteri raja itu. Aku yakin, kau mesti dapat mengalahkan gergasi itu”. Minh yang tidak mengetahui niat jahat Duong menurut sahaja tanpa banyak bicara.

Minh pergi ke kawasan persembunyian gergasi dan Berjaya menyelamatkan tuan puteri. Gergasi dibunuh dan tuan puteri dibawa pulang. Sayangnya tuan puteri telah terkena sihir gergasi yang membuatnya tidak boleh bercakap.

Minh membawa tuan puteri pulang ke rumahnya. Di rumah, Duong sudah menanti mereka di depan pintu. “Minh, aku tahu kau sangat penat setelah bertarung dengan gergasi itu. Jadi, kau berehatlah. Biar aku sahaja yang hantar tuan puteri pulang ke istana”, pujuk Duong. Walaupun hati Minh berat, namun diikutkan sahaja kehendak saudara angkatnya itu.

Tiba di istana, Duong menceritakan bahawa dialah yang telah menyelamatkan tuan puteri . Tuan puteri sangat terkejut namun dia tidak boleh berkata-kata. Raja memutuskan untuk mengahwinkan tuan puteri dengan Duong. Duong sungguh gembira kerana dia bakal hidup mewah di istana yang besar.

Ubat Mujarab
Minh pula hanya tinggal di rumah menunggu kepulangan Duong. Dia tidak mengetahui bahawa Duong telah menipunya. Sedang dia menunggu kepulangan Duong di depan rumah, datang seorang tua menghampirinya.

 “Nak, kamu Nampak risau. Boleh Pak Cik bantu?” soal orang tua itu. “Saya ingin mengetahui nasib tuan puteri. Dia tidak boleh bercakap kerana telah terkena sihir gergasi. Duong telah membawanya ke istana”. Balas Minh. “Duong telah berbohong kepadamu nak. Ambillah ini dan ubatilah tuan puteri,” balas pak cik tua itu.

Minh dengan segera pergi ke istana dan memohon untuk mengubati sihir yang telah dikenakan ke atas tuan puteri. Pada mulanya, Raja ragu-ragu dengan kemampuan Minh. Namun, kerana puterinya masih belum sembuh baginda menurut sahaja.

“Ayahanda, Duong berbohong mengenai siapa yang telah menyelamatkan anakanda. Sebenarnya, Minh yang telah menyelamatkan anakanda, bukannya dia,” kata tuan puteri kepada ayahandanya sebaik sahaja boleh bercakap.

Raja berasa amat marah kepada Duong kerana menipunya. Duong telah dikenakan hukuman buang daerah serta hartanya dirampas. Duong berasa amat menyesal kerana telah mempergunakan Minh. Dia sedar akan kesalahannya namun tidak boleh berbuat apa-apa lagi.

Hasil daripada sikap jujurnya, Minh dikahwinkan dengan tuan puteri. Raja mengagumi keberanian Minh menyelamatkan anaknya. Atas sifat itu, Minh dilantik menjadi pegawai tentera dan hiduplah Minh dalam keadaan bahagia dan aman.

APAKAH PENGAJARAN YANG KITA BOLEH SAMA-SAMA  AMALKAN?
Pesan ibu : Bersikap jujurlah dalam setiap perkara yang kita lakukan, barulah hidup kita lebih diberkati oleh Yang Maha Esa… Amin…

Keberanian Itu


Keberanian itu
bukan setakat mampu 
merenangi lautan biru
mengharungi taufun salju
melawan gelora gelombang
menempuh ombak garang


Keberanian itu
bukan setakat mampu 
menyerang kubu
membunuh seteru
meredah hujan peluru
menahan bisa sembilu


Keberanian itu
ialah pabila kau mampu 
menunduk membunuh nafsu
yang bersarang di hatimu
yang bergelumung di kalbu





Mak Layan Anak VS Anak Layan Mak






.... Jam 6.00 Petang
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’ Mak jawab, “ Ada  di dapur tolong siapkan makan.” Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,

.... jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah  basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, “Mana Mak?” Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.” Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.” Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah. Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh  menjawab, “Entah.” Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah  mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah  bertanya, "Mana Mak?" Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang  sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak. Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."  Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” 


Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

.... beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam esakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah  telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, "Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah  itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik ,  Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah  hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala  Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

.... sepuluh tahun kemudian
"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh. Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan seorang ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw, ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnyaSolat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. 

... Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab? Renung-renungkanlah.

Kejohanan Futsal Piala Figos



Hello world!!! Ibu nak bagi satu info ni. Bagi sesiapa yang suka ngan futsal atau ada  pak we2, atau hubby2  yang berfutsal please pay your immediate attention.

Bagi memeriahkan saingan futsal tempatan, Figos dengan kerjasama Ferro Futsal akan menganjurkan  KEJOHANAN FUTSAL MENJELANG TAHUN BARU 2012  pada :

Tarikh   : 31 Disember 2011 (Sabtu)
Masa     : 4.00 PETANG  – 12 MALAM
Tempat : FERRO FUTSAL Subang Jaya

Lumayan gak. Figos Ferro tawarkan tunai RM2,000 kepada Juara, RM1,000 Naib Juara dan pemenang tempat Ketiga serta Keempat masing-masing RM400.

Ingat free keeeeer? Yuran Penyertaan RM 200 bayar dulu. Tapi bagi player2 futsal RM200 ni perkara biasa je. Diorang main 1 game  pun dah habis lebih kurang banyak tu.

Paling menarik, pihak Figos, antara rakan penaja utama Karnival Futsal Harian Metro menghadiahkan ‘Bagpack Futsal Figos’ yang berkualiti tinggi  PERCUMA! Ibu ulang. PERCUMA!!!! Ulang sekali lagi. PERCUMA!!!! untuk setiap pemain sebagai cenderahati.  Terhad kepada 100 pasukan terawal je tau!
                                                                 
Berserta HADIAH MISTERI! Untuk setiap pasukan yang mendaftar  atau membayar awal aje

  • Terbuka kepada semua pemain.
  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Disember 2011.
  •  Dapatkan borang penyertaan dengan segera di laman rasmi facebook FIGOS Malaysia.
  • Semua borang penyertaan hendaklah di hantar ke pihak penganjur  melalui email ke  focusarena@yahoo.com atau faks ke 03-92269398
  • Bayaran boleh dibuat terus ke akaun Maybank 114085075510 atau di Ferro Futsal setiap hari bermula 24 Disember 2011.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Nik Mohd Radzi di talian 019-3519934,019-2102442 atau Zack 019-9444334, 


atau hubungi ibu di mana2 talian hayat yang ada. Terima kasih. :P

Romantiknyeerr....


Bila ibu lihat je video ni, ingat pulak rasanya saat-saat bahagia ibu bersama ayah.. Memang romantik masa tuu... Oh, indahnya dunia saat itu...


Memang paling best dan saat paling bahagia bagi wanita apabila diri mereka dilamar oleh seorang lelaki...
Masing-masing dengan cara tersendiri, akan tetapi bagi pasangan itu sendiri, itulah saat paling romantik mereka walaupaun ada orang lain mengatakan 'tak romantik pun!'.


Macam video yang ibu kongsi ni... romantik kan?  

Setahun Yang Lalu



Tak kira hijrah atau masihi, ada baiknya kita toleh ke belakang meninjau dan meneliti apa yang telah kita lalui dan kita lakukan.

Tahun baru islam 1433 Hijrah baru muncul. Bagi yang terasa kepantasan masa yang pergi, mungkin terasa ada yang tertinggal belum disudahkan. Namun, ada juga yang mahu menyudahkan sebelum berakhirnya 2011.

Terpulang kepada diri masing-masing tetapi kadangkala ada baiknya kita menoleh ke belakang sepanjang 12 bulan lalu, meneliti apa yang kita lalui. Sesetengah orang berkata jangan pandang belakang kalau ingin ke depan tetapi secara peribadi, ibu merasakan ia perlu untuk kita menilai semula sejauh mana perjalanan dan perlaksanaan kita di atas muka bumi ini pada setahun yang lalu.

Bumi mana yang tidak di timpa hujan. Justeru itu, mana-mana kekurangan harus di perbaiki demi mencari kehidupan yang lebih baik daripada semalam. Apa yang penting, kita mengambil sedikit sebanyak perkara-perkara lepas yang dapat merubah hidup kita bertambah baik pada masa akan datang.
Yang baik dijadikan tauladan, dan yang buruk dijadikan sempadan. Apa sahaja perkara buruk yang telah berlaku pada diri kita, hendaklah kita mengambil pengajaran untuk menempuh hari-hari mendatang. Perkara yang baik pula, haruslah kita memperbaikinya supaya menjadi lebih baik.

Namun sekarang, ramai yang tidak mempedulikan semua hal terutamanya hal akhirat. Ramai yang sanggup lakukan apa sahaja bertentangan dengan agama semata-mata kerana mengejar dunia yang hanya sementara jua.

Takut ibu rasa bila difikirkan balik. Actually Allah dah beritahu segala-galanya di dalam Al-Quran tanda-tanda akhir zaman. Cuba kita fikir, adakah kita ini berada di akhir zaman? Jawapannya adalah YA. Why? Cuba kita buka mata luas-luas, banyak perkara yang berlaku sekarang seperti apa yang telah tertulis di dalam Al-Quran.

Oleh kerana itu, penting juga untuk kita pandang ke belakang apa yang telah kita lakukan dalam ‘Setahun Yang Lalu’. Adakah amal kita sudah cukup untuk kita bawa bersama bila kita di pangil kelak? Sempat kah kita beramal pada ‘Setahun Yang Akan Datang?’ 

Bagaimana kita nak mulakan kehidupan baru pada tahun baru? First, kita belajar Mengenal Allah. Sentiasa dekatkan diri kita dengannya. Sebagai hambanya, lakukan apa yang disuruh, tinggalakan apa yang di larang. Insyaallah, hidup kita tidak lagi akan rasa serba resah sebaliknya akan lebih tenang. Beramal lah selagi di beri peluang.

Semoga amalan kita di terima oleh Yang Maha Esa. Amin.. Amin.. Ya Rabbal a’lamin…

I'M BACK




ASSALAMUALAIKUM…  Hello Everybody!!

Firstly…. Ibu memohon maaf kerana telah lama menyepi tanpa khabar berita. Actually, after raya ibu very busy. Ayah pun sibuk dengan kerja. Anak-anak pun tak berapa sihat...     Kiranya macam-macam hal terjadi yang tidak dapat dielakkan. So, ibu tiada mood lah nak mengadap computer. Tu yang jadi lama tak up-date…

After that, ayah pulak tukar fikiran nak change job kat Terengganu. Kiranya perancangan mengejutlah ni..  Macam mana tak sibuk, gopoh-gapah jadinya bila buat keputusan mendadak.  Balik kerja di Negeri sendiri lah ni… So, last month, ibu busy berkemas barang-barang yang hendak di bawa balik. Susah jugak nak pindah, banyak barang yang perlu dikemaskan. Ooohhh… ibu very tired!

Lastly… I’m back! I’m back! I’m Back to Kuala Terengganu!!
So, sejak akhir-akhir ni ibu busy lah sikit because macam-macam nak dibualkan and nak dikemaskan bersama family.. Yelah kan, baru balik takkan nak duduk goyang kaki kot..  Mesti kena jumpa saudara-mara dan macam-macam hal harus diselesaikan.
.
Now, semuanya dah kembali tenang. Ayah dah start kerja.. Anak-anak pun dah dapat sesuaikan diri di tempat baru. Semua urusan dah selesai. Pendek kata hati dah lega lah… Alhamdulillah… Allah permudahkan segala hal.
Lucu juga jika ingat balik ketika mula-mula sampai Kuala Terengganu. First week, anak-anak masih lagi diam membisu tanpa kata cuma tersenyum lebar bila ditegur oleh Granfather and Granmather diorang.

Diorang masih lagi demam masa tu.. Muntah tak berhenti-henti. Orang kata mungkin kerana perubahan tempat dan cuaca. But now, suara diorang dah riuh sekampung. They’re very happy because of having more friends.

This time... ibu sibuk uruskan rumah baru yang bakal kami duduki tak lama lagi. Anak-anak pula nak start schooling next years. Busy lah leni. Akan tetapi, sesibuk mana pun ibu, ibu tetap ingat pada semua kawan-kawan ibu… I would never forget you all. Cuma nak up-date tiap-tiap hari tu susah sebab line tak ada. Apa kena dengan TM pun saya tak tahu. Bila kita buat aduan, adalah line dua atau tiga hari, lepas tu tiada balik. Tu yang dah sebulan balik terengganu, baru sekarang ibu story you all...

Isu Arak Di Malaysia

Aha, tentu ada kawan2 ibu yang dah baca post ibu semalam. Ini sambungannya. Kalau tak baca  lagi sila klik sini. OIC ramai rupanya peminum arak kat negara kita. Nasib baik diorang bayar cukai, kalau tak rugi negara kita. Agaknya dari kisah pemabuk inilah timbul cadangan untuk ambik cukai dari judi dulu. Sampaikan ada orang yang merayu untuk tidak dijual secara mudah. Bukan tak jual, jangan jual secara mudah. Itu je, tapi cakap boleh laa, nak buat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dari segi sosio ekonomi, pentadbiran, pelancongan dsb. Kalau nak buat mcm Brunei agaknya ramai tak yang menentang ???
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud. Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.
“Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun,” dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong. Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.
Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai. Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal. Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.
“Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak. “Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi. Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.
Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja :
  1. membahayakan kesihatan
  2. menyebabkan gejala sosial
  3. kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.
“Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islam adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.
“Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali,” soalnya lagi.
Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.  Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol. “Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.
“Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit,” katanya. Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.

Larangan Arak - Malaysia vs Brunei

Asslamualaikum.. bukan niat Ibu untuk menjatuhkan air muka sesiapa, tetapi memang niat Ibu untuk membanding-bandingkan dua golongan ni. :P

Keratan paper ni cuma untuk membezakan ketegasan pemimpin Islam Brunei dengan pemimpin2 lain termasuk pemimpin kita sendiri. Pemimpin Islam Brunei takutkan laknat Allah, berkata2 tentangnya dan terang-terangan menyatakan pendirian mereka kepada dunia.

Kemudian, cuba fikir sejenak kepada apa yang tengah berlaku di negara kita, what happened? Takutkan kejatuhan pangkat? Takut dengan pemimpin lagi tinggi? Atau saja nak buat gimik politik? Bercakap berapi2 tapi time nak laksanakan, kena fikirkan macam2, berbilang kaum la, pelancongan laaa. Tak mengapa, sebab kita ada phrase yang amat hebat untuk sentiasa diucapkan....

AKU INSAN YANG LEMAH, APAKAN DAYAKU.... (tu pun separuh tumpang lirik lagu orang)

kuat yang macam mana sebenarnya yang kita tunggu-tunggu????????? Cuba kita fikir2kan, apa yang nabi sabdakan dulu, ketakutan terhadap kehilangan dunia sedang melanda kita di Malaysia, tak kira awak UMNO, PAS, DAP, MCA, MIC, KEADILAN, dan berbagai-bagai lagi. Tiada siapa pun terlepas... cuma kita terlepas pandang sebab topeng untuk tutup muka sebenar kita boleh dibeli dengan harga murah, kalau tak cukup duit nak beli boleh pakai manila kad, draw sikit, then pakai......





Lawak Bersama Pak Abu

Hari ni ibu nak kongsi lawak Pak Abu dengan kawan-kawan. Lagak Pak Abu yang lucu betul-betul buat ibu ketawa. Boleh tersenyum seorang diri dibuatnya. Kisahnya begini....

Suatu hari, masuk seorang pemuda bernama Apai ke warung Pak Abu. Apai berpakaian smart, siap dengan spek mata hitam lagi. Pak Abu pun tertarik hati untuk berborak dengan Apai.

Pak Abu   : Anak ni kerja apa?
Apai        : Saya seorang ‘logic thinker’ pak cik.
Pak Abu   : Logic thinker? Kerja apa benda tu?
Apai        : Hmm... susahlah saya nak terangkan pada pak cik. Nanti pak cik tak faham!
Pak Abu   : Cubalah bagi satu contoh kat pak cik nak oi!
Apai        : Okey senang saja. Mula-mula saya nak tanya dulu, pak cik ada akuarium di rumah?
Pak Abu   : Oh! Ada! Ada...
Apai        : Kalau begitu, logiknya mesti pak cik ada bela ikan, kan?
Pak Abu   : Betu! Ada macam-macam jenis ikan dalam akuarium pak cik.
Apai        : Kalau begitu, secara logiknya pak cik ni sayangkan haiwan.
Pak Abu   : Betul tu! Hmm! Pak cik memang sayangkan ikan-ikan pak cik tu.
Apai        : Kalau haiwan pun pak cik sayang, apatah lagi anak pak cik. Mesti pak cik sayang, kan?
Pak Abu   : Eh! Mestilah pak cik sayangkan anak-anak pak cik.
Apai        : Secara logiknya, kalau pak cik ada anak, bermakna pak cik ada isteri, kan?
Pak Abu   : Sudah tentu. Isteri pak cik seorang wanita yang cantik dan bijak.
Apai        : Bagus! Bagus! Bermakna secara logiknya, jika pak cik ada isteri dan anak, sudah tentu bermaksud pak cik tidak ‘mati pucuk’ kan?
Pak Abu   : Haha... begitulah lebih kurang ‘logic thinker’ tu pak cik!
Pak Abu   : Oooh... macam tu. Barulah pak cik faham sekarang. Senang  aje ye!

Setelah Apai pergi, jiran Pak Abu iaitu Pak Kasim datang berbual dengan Pak Abu pula.

Pak Kasim  : Eh! Tadi saya tengok Pak Abu bukan main rancak borak dengan budak tadi tu. Borak pasal apa Pak Abu?
Pak Abu     : Oh! Tadi tu aku berborak pasal ‘logic thinker’!
Pak Kasim  : ‘Logic thinker’? Apa benda tu Pak Abu?
Pak Abu     : Ha, mari sini aku nak terangkan (dengan wajah over confidentnya). Mula-mula aku nak tanya dulu, kamu ada akuarium ke tidak?
Pak Kasim  : Tak adalah pulak Pak Abu! Kenapa?
Pak Abu     : Alamak... kalau kamu tak ada akuarium, logiknya tak ada ikan! Err.. logiknya ... Itu tanda kamu ‘mati pucuk’! (sambil menggeleng-gelengkan kepala).
Pak Kasim : Hai, takkan saya ‘mati pucuk’ pulak Pak Abu. Bukankah bini muda saya kat rumah tu tengah mengandung! (ketika itu bersama Pak Kasim 3 orang anaknya sedang menikmati hidangan)    

:P

Panduan Didik Anak

Tidak ada formula khusus mendidik anak kerana setiap anak adalah makhluk yang luarbiasa dan unik, yakni berbeza-beza di antara satu sama lain.Bagaimanapun, Rasulullah SAW menggariskan 4 tahap mendidik anak:

1. Tahap Pertama = Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana haiwan menjaga anak.

2. Tahap Kedua = Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

3. Tahap Ketiga = Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

4. Tahap Keempat = Anak berumur lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibubapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibubapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Bob Lokman Yang Hensem

BOB LOKMAN: KALAU KORANG NAK MATI MALAM NI.... DATANG SINI!!!
Bob Lokman

Selesai solat Isyak aku diajak oleh Ustaz Akmal ke satu program seorang sahabat kami di Taiping, disitu pelbagai perkara dibincangkan oleh kami sambil jari jemari serta anak mata begitu asyik melayari FB.

Tiba2 Ustaz Akmal mendapt satu berita dr FB yang menyatakan bahawa Bob Lokman telah ditangkap oleh JAIS disebuah surau di Hulu Langat dan beliau diseret ke Balai Polis, sebaik mendengar berita tersebut aku terus menghantar message ke pada Bob Lokman samada betul atau tidak berita tersebut.

Selang 5 minit Bob menelefon aku. "Cepatnyerr sampai berita nie...". perkataan pertama yang keluar dari mulut beliau. "Biasalaa bang....zaman sekarang kan zaman teknologi." balas aku. "Betul kerr citer nie bang....cer citer cer citer...". gurau aku.

Bob pun memulakan ceritanya, menurut beliau apabila selesai sahaja menyampaikan tazkirahnya, beliau didatangi oleh seorang Pegawai Pejabat Agama sambil diiringi beberapa orang penguatkuasa (ada yang berambut merah katanya). seterusnya Pegawai itu menerangkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan. "Apa kesalahan aku?". tanya bob.

"Encik didapati menyampaikan tazkirah tanpa tauliah dan ini melanggar perintah sultan". ujar Pegawai tersebut. Bob yang pada mulanya hanya mendengar kata2 dari pegawai itu terus menjawab "Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer... sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak... jadi kalau korang nak tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan". ujar bob. "waktu nie aku tengook sumer kecik jerk..." bob bagitaw aku.....hi3

"Aku sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun nak mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana apa". ujar bob lagi dalam keadaan seorang pun tak berani mendekatinya.

ada sorang pakcik tue cakap "Pertama kali saya tengok pegawai pejabat agama kena maki dengan orang" ujar bob kepada aku.

Adegan seterusnya ialah dibalai polis dimana beliau menyambung "Tazkirahnya" sehinggakan semua senyap tak terkata apa dan akhirnya beliau balik kerumahnya.

"Esok (hari ini) aku akan bagi tazkirah di sebuah surau di Batu Caves plak, ko tengok laa esok pegawai mana plak yang akan kena "tazkirah" dengan aku". ujar bob di akhir perbualan.

Harapan kita semua semoga abang Bob Lokman tabah dan cekal dengan ujian ini....Takbir!!!!

Kenal Allah Binasalah Diri

Jangan anda cari jasad bayi, anda tidak akan menjumpainya
Tetapi, sekali anda menjumpainya, anda tidak akan nampak selain dari bayi....
'DALAM TERANG IA SEMBUNYI'

'KACAULAH DODOL PADA TEPUNG SANTAN DAN GULA, JIKA KAMU BUANG TEPUNG KERANA BUKAN DODOL, BUANG SANTAN KERANA BUKAN DODOL DAN BUANG GULA KERANA KERANA BUKAN DODOL, NESCAYA KAMU CUMA AKAN MENDAPAT KUALI PANAS'

'JANGAN KAMU MENCARI ALLAH PADA ZATNYA, CARILAH ALLAH PADA SIFATNYA'

 'TIDAK KAMU MENGENAL ALLAH, SELAIN TERLEBIH DAHULU KAMU MENGENAL DIRI, SEKIRANYA KAMU MENGENAL ALLAH BINASALAH DIRI'

BERKATA SAIDINA ALI (RA), "TIDAK AKAN KUSEMBAH TUHAN YANG TIDAK KULIHAT"

Sembah sahabat kepada Rasululah,
"Ya Rasulullah, apakah amal yang terlebih pahalanya?"

Jawab Rasulullah,
"Ma'rifatullah"

Sahabat bertanya lagi,
"Ya Rasulullah, apakah amal yang terlebih mulianya"

Jawab Rasulullah,
"Ma'rifatullah"

Sahabat bertanya lagi,
"Ya Rasulullah, apakah amal yang terlebih manfaatnya"

Jawab Rasulullah,
"Ma'rifatullah"

Lalu sahabat bukan lagi bertanya tetapi isytira' (bangkang)
"Ya Rasulullah, kami bertanya pada amal, kenapa kamu menjawab pada ilmu?"

Sabda Rasulullah,
"Banyak beramal tanpa mengenal Allah, tiada manfaat
sedikit beramal dengan mengenal Allah terlebih manfaat"



Insya Allah, perkara-perkara ini akan dikupas terlebih lanjut oleh Tuan Haji Zulkifli (my hubby ahaks.. Tuan Haji) dalam blog terbarunya yang akan mula diterbitkan pada bulan hadapan . Semoga bakal pembaca blog ini akan dapat memahami lebih lanjut tentang siapa kita, wujud yang bagaimanakah kita, hebatkah kita, kayakah kita, perlukah kita rasa takut, apa itu usaha, dan pelbagai perkataan yang pernah terluah dari mulut kita dan terzahir di hati kita selama ini sehingga selalu mengheret kita semua ke lembah syirik.  Insya Allah, kupasan secara ringkas tentang usul, feqah dan tasawuf ini akan dibawa oleh Tuan Haji dengan cara yang paling lembut dan mampu diterima akal manusia biasa, mahupun orang yang tidak pernah percaya kewujudan Tuhan. Insya Allah sampai masa nanti, ibu akan publishkan linknya. :D



Pandangan Manusia vs Pandangan Allah

bila kita ikut peraturan,ada orang kata kita SKEMA
bila kita langgar peraturan,ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
bila kita tegur dengan baik,ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
bila kita tegur dengan kasar,ada orang kata kita ni KURANG AJAR
bila pakai sopan-sopan,ada orang kata 'KAMPUNG GILERR'
bila kita bagi nasihat,ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG,BOLEH?!"
bila kita sindir-menyindir,ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
bila kita tolong buat kerja,ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
bila kita tak tolong apa-apa,ada orang kata "APASAL PEMALAS SANGAT NI?NAK TOLONG PUN SUSAH?

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita.Apa yang kita buat semua salah.Semuanya tak betul di mata mereka.Kalau buat salah sudah tentunya salah,tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.
Kputusan yang kita ambil,langkah yang kita mula.Perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita,bukan pandangan manusia yang di ciptakan oleh ALLAH SWT.dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati.kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati.

Kisah Melahirkan Adik 3

Tidak Dapat Mengelak

Kali ni, ada 'orang yang tidak dapat mengelak' dari memegang baby kerana terpaksa pegang sementara kak illa selesaikan ibu for placenta out. Selesai je, baru kak illa take back dari tangan orang tersebut untuk di bawa naik ke atas klinik.

Setelah semuanya selesai, ibu di bawa menaiki ambulance pergi ke Poliklinik untuk dijahit. Bayangkanlah, lepas 1jam beranak baru nak kena jahit. Sakit beranak pun dah hilang. Masa lahirkan abang dulu tak rasa sakit sangat kena jahit sebab masa tu masih rasa lagi sakit bersalin. Ni siap boleh jalan laju lagi. Tapi masa jahit tu, kamain sakit lagi. Alhamdulillah ibu dapat tahan rasa sakit tu tanpa dibius.

Terkejut jugak nurse tu sebab ibu boleh sembang lagi dengan nurse dan kak illa masa dia jahit tu. Dia kata, biasanya perempuan lain mesti minta dibius ataupun mesti jerit dan menangis sakanlah... Cuma yang last tu, sakit sikit. Tapi takdelah sampai keluar air mata.

Setakat ni tiada lagi air mata sakit bila lahirkan abang, kakak and adik. Air mata happy adalah. Cuma bila lahirkan big ada sekali ibu nangis iaitu lepas doktor koyak balut kat tempat operation tu. Dia jelah lain sikit. Next story about Big Al ibu'll tell you all.

Cerita pasal tidak dapat mengelak ni sebenarnya ‘Ayah’ yang ibu maksudkan. Dia tak berani pegang baby kalau belum masuk 4bulan ke atas. Gayat katanya. Takut patah laa. Akan tetapi time adik lahir, dia tidak dapat mengelak kerana terpaksa pegang jugak. At least, ada jugak pengalaman atau rasa pegang newborn. Start dari situlah dia jadi berani and berani terlebihlah pulak.

Setelah selesai jahit menjahit, ibu terus pulang ke rumah. Lega rasa bila sampai rumah..
Apa lagi, terus ibu baring sebab dah letih sangat. lagipun tak dapat bergerak banyak sebab banyak sangat kena jahit. Dua tiga hari lepas tu, adik kena kuning atau jaundis.
Kena pergi check-up hari-hari untuk tengok result samada makin tinggi atau turun. Tapi tak turun-turun, makin naik adalah.

Dalam keadaan begitu ayah terpaksa pergi bawa adik check jaundis tanpa ibu. Sampai pergang steering ngan masuk gear sebelah kanan (macamana tu?), kiri pegang adik. Ibu cukup bimbang, bahaya tu... Ayah kata ibu kena yakin dengan dia. Apa-apa pun ibu berserah pada yang maha kuasa. Kadang–kadang  je ayah bawa macam tu. Bila dah terpaksa, semua boleh jadi. Kadang-kadang minta tolong Makcik Ramlah, Mak Ngah, dan pekerja-pekerja lain temankan ayah.

Ada jugak ibu pergi time ibu sihat sikit. Kesian tengok adik kena suntik kat kaki. Dia tak menangis pulak walaupun suka menangis dalam tempoh membesar. Tapi dalam bab suntik menyuntik ni, abang paling terer sebab tak pernah menangis setiap kali disuntik. Yang paling ibu bangga dengan ayah, ayah boleh jaga kami sekeluarga ketika ibu sakit. A


Allah SWT selalu menduga hambanya supaya selalu mengingatinya. Cukup seminggu check-up jaundis, adik terpaksa dihantar ke hospital kerana result jaundis tinggi. So, menetap lah ibu di sana untuk temankan adik. Siang ibu jaga, bila malam ibu minta tolong pada nurse panggilkan ibu jika adik menangis nak susu.

Nurse-nurse kat situ semua dah kenal rapat dengan ibu sebab dulu ibu duduk lama kata wad tu temankan kakak. Diorang semua dah macam kawan rapat. 
Masuk hari ketiga adik dah dibenarkan pulang. Jaundis dah tiada. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar...


Kisah Melahirkan Adik 2



Ketentuan Ilahi

Tanggaal 16.4.2008 tepat jam 5pagi, ibu terkejut dari tidur kerana kesakitan yang teramat sangat. Mungkin sudah sampai masa ibu bersalin. Apa lagi, terus ibu kejutkan ayah untuk memberitahu ibu dah sakit nak bersalin dan sudah tidak tahan lagi. Ayah masih lagi terpinga-pinga dan panic. Bila ayah dah sedar sikit, ayah terus panaskan enjin kereta dan keluarkan kereta dari parking. (kereta kancil ni beli khas untuk hantar ibu lahirkan adik).

Abang ngan kakak masih tidur. So, ayah angkat je abang dan kakak masuk dalam kereta. And then, baru ibu masuk di bahagian belakang. Senang sikit nak berbaring dibelakang walaupun sempit. Memang betul tekaan ibu, tak tahan duduk lama-lama pun. Tak sampai berapa minit je, terus ibu baring. Tak tahan, sakit sangat.

Baru dua batu bergerak, ibu dah tak tahan. Ibu cuba rasa, kepala dah keluar sikit. Ibu pun terkejut terus menjerit beritahu ayah.

“Ayah!! Kepala dah keluar!!”
“Tahan jap ibu!! Sabar! Sabar!”
“Cepatlah ayah! Cepatlah ayah! Dah tak tahan sangat dah ni...”
“Kita berhenti kat klinik desa jelah ibu..Tak sempat pergi hospital dah ni.”
“Suka hati ayah lah... Asalkan ibu boleh beranak cepat”
“Ibu tahan ye! Ayah bawa laju sikit.
“Dah sampai belum?”
“Sikitt lagi nak sampai.”
“Cepatlah ayah!!”
“Dah sampai dah. Nanti ayah panggil Kak Ila” (Nurse KD) 

Suasana masa tu kelam kabut, sampai terjaga abang  ngan kakak dari tidur. Diorang tengok je ibu kesakitan depan mata diorang. Ayah datang balik start kereta and parking betul2 depan klinik. Peranan kak illa sebagai jururawat masyarakat sangat bermakna dalam situasi begini. Setelah siap semua barang keperluan bersalin, kak illa terus suruh ibu push. Apa lagi, cepat-cepat ibu push. Terus keluar.

Tanggal 16.04.2008 @ 5.26am dengan berat 2.7kg, maka lahirlah si teruna sawo matang ini di dalam kereta dan di hadapan Klinik Desa. Alhamdulillah, sekali push sahaja dah keluar. Yelah, dari tadi lagi dia nak keluar. Ibu je yang duk tahan dia jangan keluar lagi. Adik ni lain sikit dari anak-anak yang lain. Masa ibu push tu, ibu ingat ibu dah tak dapat jumpa lagi semua orang sebab masa tu ibu macam berada di satu tempat lain tau!

Sedar-sedar, kak illa panggil ajak naik atas klinik. “Eh! Masih hidup lagi aku rupanya. Alhamdulillah...” Kata ibu dalam hati.
Tup-tup lahir dalam kereta kancil baru beli tu jugak... (memang khas untuk dia pun)
Inilah yang dikatakan KETENTUAN ALLAH SWT.

Windows 8 - Dari Sudut Pengguna

ingat lagi tak post ibu beberapa hari yang lepas, GO-GET-IBU: Windows 8 dah released. Post tu ibu cuma bagitau kelebihan2 dia je, belum tentu pengguna2 boleh terima ke tak?

Syarikat media sosial, MashWork telah pun mengambil pelbagai data yang dikongsikan mengenai Window 8 daripada Twitter sepanjang 15 June hingga 22 September, dan telah menyediakan sebuah infografik ringkas mengenai apa yang diperkatakan oleh para pengguna mengenainya.

Apa yang ibu nampak Window 8 banyak menerima pelbagai reaksi positif daripada para pengguna. Walaubagaimanapun, hampir lebih daripada separuh pengguna yang terlibat dalam kajian memperkatakan yang mana mereka tidak begitu mempercayai yang mana Windows 8 akan berfungsi pada desktop sepenuhnya sepertimana ia berfungsi pada tablet.

Yang bestnya ramai yang dah mula bandingkan Windows 8 dengan platform iOS dan Android. Hasilnya, lebih 63% pengguna mengatakan Windows 8 lebih baik daripada iOS, dan perkara sama juga dilihat apabila dibandingkan dengan Android. Layaaan..

Hukum Menunaikan Haji Kepada Perokok






Harga rokok ( purata ) : RM10 (sekotak) x sehari
Jumlah tahunan : RM 3650

Tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250
Maka......

Orang-orang yang merokok WAJIB MENUNAIKAN HAJI kerana terdapat lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar...

Khas kepada Tuan Haji-Tuan Haji yang merokok :P

Panduan Elak Kecurian, Rompak dan Rogol Di Rumah Sendiri


Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Tips menghalang kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).

Kisah Melahirkan Adik 1

Penyejuk Jiwa dari dalam kereta

Tersebut kisah seorang teruna yang pemalu lagi handsom. Luarannya sawo matang akan tetapi dalamnya manis bak madu… Gayanya berjalan bukan main bergaya lagi. Cakapnya penuh lemah lembut bersopan santun tapi suka menangis ( aiiii, tu yang lemah tuu)…

Kasih sayangnya ada untuk semua orang and always jadi peguam bela untuk adik beradik dan ibu. Satu yang merungsingkan adalah si teruna ni susah nak mesra dengan orang lain, mungkin juga ada kaitan dengan kisah kelahirannya ketika kecil… (Melawak je)
Nak tahu butiran selanjutnya, jom ibu ceritakan kisah hidup si teruna hitam manis ni…

Bermulanya al-kisah... Sejurus kakak masuk umur 1½th, plan untuk dapatkan cahaya mata diteruskan. Alhamdulillah...Allah Maha Besar. Akhirnya hajat termakbul jua. Pada permulaan kehamilan, ibu tak tau pun. Oleh kerana tiada apa-apa tanda pada  bulan pertama. Ibu ingatkan mungkin datang bulan lambat sikit bulan tu. Next month, tak datang-datang jugak. Apa lagi, ibu pun beritahu ayah. Ayah kata “Pregnant lah tu. Tunggu je lah 4bulan dulu baru buat check-up kat klinik?” kata ayah. “Ibu ikut je” jawab ibu.

Setelah 4bulan berlalu, ibu pun pergi ke poliklinik berdekatan untuk pengesahan sebenar sama ada ibu pregnant atau tidak. Apalagi, macam biasalah urine test di buat. Selesai je urine test, pengesahan telah di lakukan dan sangkaan ayah dan ibu betul.

I’M PREGNANT untuk kali ketiga. Alhamdulillah, aku bersyukur padamu Ya Allah...

After check-up, our go to Klinik Desa berdekatan untuk buat buku Rekod Kesihatan Ibu (Ibu masih simpan). Apa lagi, diorang pun bagilah monthly check-up date. Selesai diorang ambil rekod, ibu terus balik. Sampai je terus terbaring, penat pulak rasa jalan ke sana kemari. Biasalah, orang mengandunglah katakan... manja tak?

Manja tak manja, anak-anak semua ibu jaga sendiri tau... manja2 sayang apa salahnya...

Tanggal 10.4.2008 (2minggu 2hari sebelum adik lahir), ibu pergi chec-up kat klinik. Rutin yang biasa dibuat bila wanita mengandung, check tu check ni. Tapi kali ni, lain sikit sebab bila check urine ada darah keluar and jalan dah bukak 2cm. Apalagi, terus diorang tel ambulance datang ambil ibu untuk di bawa ke Hospital Taiping secepat mungkin. Padahal, Ibu sedikit pun tak rasa sakit masa tu. Apa nak dibuat, ibu ikut jelah sebab diorang tak nak tanggung risiko bersalin di rumah atau di klinik. Tapi ketentuan tuhan, siapa tahu... (next ibu tell you all)

Ayah ikut ambulance dari belakang. Sampai disana, diorang tahan dulu kat wad biasa sebab baru 2cm. Dalam 3hari jugaklah ibu kat Hospital, masih tak sakit2 dan jalan masih tetap 2cm. Hari ketiga, Doktor membenarkan ibu pulang dengan syarat jika ada apa-apa tanda terus ke Hospital. Dalam masa 2minggu tu, ibu siap pergi shoping kat tesco lagi. Kalau ikut jangkaan doktor, 1minggu je ibu dapat bertahan. Dah panjang ni... esok ibu sambung ek


Pesan Ibu

  • Ingat pesan ibu, jadilah anak yang dipandang mulia,
  • Ingat pesan ibu, jagalah maruah diri, jangan dikhianati amanah Tuhan,
  • Ingat pesan ibu, rambutmu adalah mahkota, jagalah ia, jika rambutmu didedahkan akibatnya diakhirat nanti rambutmu digantung otakmu menggelegak dijamah mentari rakus sejengkal di atas ubun-ubun..
  • Ingat pesan ibu, jika ibu sudah tiada ayahmu dijaga rapi, jangan disakiti hatinya. Ayahmu manja, cepat terasa, mudah terluka lagi-lagi pabila usia semakin tua..
  • Ingat pesan ibu, dirimu wanita, banyak godaan, banyak cubaan..Bila menjadi isteri orang, hormati suami, jaga kehormatan diri dan juga suami..
  • Ingat pesan ibu, taati suami, jaga peribadi, jaga budi pekerti..
  • Ingat pesan ibu, sambutlah suami pulang dengan senyuman, bukan muncungan mulutmu, pakailah penuh seri, bibir bergincu, badanmu sentiasa wangi…dandani dirimu, perlengkapkan rumah dengan kemas dan rapi…
  • Ingat pesan ibu, anak-anak adalah harta sampai mati..didik jangan dibiarkan sepi tanpa ayat-ayat suci Ilahi..basahi lidah mereka dengan kalam suci…
  • Ingat pesan ibu, carilah ilmu sampai mati…ilmu duniawi dan ukhrawi…ibu hanya mampu berpesan, ibu bukan ilmuan…ibu sayang kamu semua…ibu tidak mahu kamu kekeringan ilmu…..
Untuk anak2 ibu, adik2 ibu yang dah berkeluarga dan akan berkeluarga, kawan2 dan pembaca2 blog ibu. Rebutlah limpahan rahmat Allah sebagai isteri selagi kita mampu....

Enfagrow A+ Smart Camp

 
Siapa kata orang dewasa je yang ada aktiviti-aktiviti menarik. Kanak-kanak pun ada jugak tau! Contohnya macam Anfagrow A+ Smart Camp ni...

Ada pelbagai aktiviti-aktiviti menarik bagi pembelajaran dan pengalaman baru untuk anak-anak anda.  

Jom join diorang untuk membuka potensi minda anak2 kita untuk belajar. Imaginasi anak2 kita merupakan platform pembelajjaran yang hebat. Saje kita je kurang tau bab ni. Sebenarnya bila kita buka potensi minda anak2 kita ni, boleh menjurus untuk pencapaian hebat diorang pada masa akan datang. Kali ni kem ni akan memberikan penekanan kepada interaktif secara unik dengan anak2 dari sudut pemakanan, bahasa, musik dan pernainan. 

Aktiviti Anfagrow A+  ini akan berlansung di beberapa negeri antaranya :

23-25 Sept @ Aeon Tebrau City, Johor. Tengah berlangsung sekarang...

21-23 Okt  @ City Mall, Kinabalu, Sabah

4-6 Nov     @ The Spring, Kuching, Serawak


‘ENFAGROW A+ SMART CAMP’
AMAZING ACHIEVERS
MUSIC MATCH, SPACE WALK, WOT SPELL, DHA EXPERT.

@ Stronger Children Learn More

Sekiranya ibu2 nak dapatkan free sample boleh hubungi Enfagrow. Ibu dah cuba:

Free Phone 1-800-88-3585
Monday-Friday 9.00am-5.30pm.

atau pun log on to www.meadjohnsonasia.com

ataupun SMS : ENFAGROW <nama> to 36660. 
There was an error in this gadget